Tuesday, November 29, 2011

Past

Kadang-kadang aku rindukan zaman silam aku.Masa di mana aku baru nak mengenal dunia luar yang penuh dengan dugaan dan rintangan.Memang betul kata orang,kalau tak pandai bawa diri,nanti kita sendiri akan terima akibat nya.Dah banyak perkara dan kejadian pahit dan manis yang sentiasa berlegar-legar di fikiran sehingga sekarang.

Kawan sentiasa datang dan pergi tanpa di pinta.Dah macam-macam jenis orang yang aku kenal.Tak kira lah tua dan muda.Gengster?.Kaki pukul?.Kaki mabuk?.Most of people that i know have their own past and history.These people has their own value of life eventhough they were a bad person in their own past.Aku suka campur dengan orang-orang mcm ni.Berkongsi pendapat dan kisah masing-masing demi untuk panduan hidup aku akan datang.

Dosa dah bertimbun-timbun dah ni.Masa kecik-kecik dulu takut sangat nak buat dosa-dosa besar.Bila dah meningkat dewasa ni,sedar tak sedar senang-senang je boleh buat dosa.Memang kita tahu kita akan buat dosa,tapi nafsu dan keinginan melebihi segalanya.Dosa yang di buat tak terhitung banyaknya,sedangkan amalan tidak seberapa.

Aku seringkali mengingatkan diri supaya tidak tewas kepada hawa nafsu yang di dorong oleh syaitan durjana.Kita hanya lah hamba dan insan yang lemah di sisi Yang Maha Berkuasa.Amalan yang dilakukan boleh di hitung dengan jari.Ya,setiap orang akan mati.Aku juga seorang yang takut mati.Aku berfikir sampai bila aku terus bergelumang dengan dosa dan hati aku juga seakan gelap kerana aku sering terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Aku bukan lah orang alim dan baik kerana sudah banyak perkara-perkara yang aku buat dan melanggar hukum dan arahan sebagai seorang hamba.Aku akan cuba menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa beringat kerana kita hidup sementara di dunia ini.Ya Allah,berikan lah hamba mu ini petunjuk dan pedoman supaya sentiasa beringat kepada mu ya Allah.Amin.

No comments: