Sunday, May 15, 2011

Cinta dan masa lampau.


Cinta?.

Suka?.Sayang?.Menyampah?.

Dulu memang la,sanggup gaduh dgn kawan pasal perempuan.Entah apa jadah la aku boleh buat mcm tu dulu.Benda-benda bodoh yang tak patut aku buat sebenarnya.Biasa la darah muda,cepat panas tak tentu pasal.Dengan kawan sendiri pun nak bertumbuk.Aku memang sangat bodoh pada masa tu.

Sorry la bro,memang aku tak layak nak jadi kawan kau.Sampai sekarang aku rasa menyesal walaupun benda tu dah lama berlaku.Nak di ikutkan rasional,kita memang tak patut nak tolak kawan kita semata-mata kerana seorang perempuan.Sekarang ni memang aku dah malas nak pikir benda2 yang berkaitan cinta.Memang tak de masa nak pikir benda-benda tu semua.

Sejak kebelakangan ni,aku di datangi bayang-bayang lama yang pernah ada dalam hidup aku dulu.Ya, aku tahu kau masih ingin mengambil hati aku semula.Segala tindakan kau dapat aku baca dan kenal.Kau yang minta,aku hanya mampu menerima.Aku dah penat,letih dengan segala ragam kau.Aku mungkin menurut segala kata-kata kau,tapi aku pantang apabila kau mula mahu mengatur diri aku.

Kau maki aku,perkecilkan aku.Aku memang bukan dari keluarga yang senang macam kau.Kau ungkit segala-galanya nak tunjuk kan yang kau dah banyak berkorban.Lepas apa yang berlaku, kau datang lagi dengan kata-kata puitis kau?.Dengan cara kau melontarkan kata-kata yang kau rasa sedih untuk menarik perhatian dan simpati aku?.

Segala perkara yang kau buat tak kan buat aku datang kat kau.Percaya lah.Berhenti dengan segala benda yang kau buat tu.Hati aku dah tertutup kemas, langsung tiada perasaan terhadap kau.Aku boleh berubah mengikut keadaan yang mendesak aku untuk berbuat demikian.

Aku tak berdendam dengan kau.Aku hargai apa yang pernah kau buat dulu.Perasaan aku bukan boleh di paksa,di suruh untuk menerima benda yang aku tak suka.

Please get your life better without me.I have changed a lot.I've already removed our past and memory.There is nothing important to me right now.Dont do something that you can't never get.Trust me.Its already over.



5 comments:

Anonymous said...

haha..teringat dlu2.kau pernah gaduh ngn aku pasal awek kan...wakaka

Ahmad Asnawi said...

itu masa sekolah kan..haha.last2 apa pun tak boleh..

oh!kimmi said...

wohoi penah gaduh sal awek x gentle lgsung

Ahmad Asnawi said...

hahaha..dulu2 la.skarang dah tak de laa

Anonymous said...

trok gle pompuan tu.