Thursday, March 29, 2012

Stalker dan gosip liar

Dah lama aku tak update blog ni,berkurun jugak rasanya.Kerja-kerja dan urusan harian yang sibuk menyebabkan aku tiada masa untuk benda-benda ni.Okay malas nak lebih-lebih.

Sebenarnya, setiap orang orang ada hak dan privasi masing-masing.Aku tak nak huraikan lebih detail pasal benda ni sebab semua orang tahu hak masing-masing perlu di jaga.Pengintip atau lebih di kenali sebagai stalker sinonim dengan kehidupan sekarang.Setakat stalk sikit-sikit tu boleh consider lagi,sebab aku pun kadang-kadang stalk jugak kawan-kawan aku nak tahu perkembangan diorang.

Aku tak boleh nak nilai orang sebab aku bukan lah seorang individu yang sempurna.Tetapi lama-kelamaan apabila perkara luar jangkaan berlaku akibat kelakuan stalker terbabit kita akan rasa tergugat dan tidak selesa dengan kelakuan mereka yang terbabit.Mula-mula stalk,lepas mula sebar gosip-gosip yang tak masuk akal yang buat kita kurang senang dengan kelakuan mereka.

Ya,aku tahu kita kawan-kawan tetapi hak dan privasi perlu di jaga bagi menjaga lagi hubungan persahabatan antara rakan-rakan.Memang tak semua orang nilai kita dari kelemahan kita,tetapi kelemahan itu lah yang menjadi penentu sesuatu perkara.Aku tak cakap kau jahat atau orang yang teruk sebab kau orang yang bernama kawan.

Aku cuma nak kau tahu supaya kau kurangkan atau berhentilah daripada menyebarkan gosip-gosip yang akan menyusahkan diri kau di kemudian hari.Cuba kau tengok diri kau sekarang?.Berapa ramai yang tak tegur dan tarik muka dengan bila kau ada.Benda-benda macam ni kau patut tahu sebab orang lain pun ada perasaan juga.

Gosip ni akan menjadi fitnah kalau benda yang kau sampaikan tu tidak betul tanpa bukti-bukti yang kukuh.Dalam Islam pun tertulis yang dosa memfitnah ni lebih berat daripada membunuh.Aku nak sarankan kepada yang terbabit supaya berubah sebelum terjadi perkara-perkara yang tak di ingini.

Last but not least,aku pun malas nak tambah dosa cerita pasal benda ni.Kau pun dah semakin besar dan boleh fikir baik buruknya.Fikir-fikirkan lah.

Assalamualaikum dan bye bye.




No comments: