Monday, October 17, 2011

Minat dan perasaan.

Semenjak kebelakangan ni,aku dapat rasakan sesuatu yang lain.Seseorang yang aku anggap teman dan kawan mula bersikap lain.Aku dapat rasakan sesuatu yang lain mengenai diri nya.Aku dapat meramal perkara ini pasti berlaku.Aku bukan peramal tetapi gerak hati kuat mengatakan sesuatu sudah berubah.

Budi bicaranya, cara percakapan nya jelas menandakan bahawa dia ingin aku menghargai nya.Ya, sebagai seorang kawan,aku selalu juga mengambil berat mengenai diri nya.Walaupun kadang-kala aku sibuk tetapi aku tetap mengingati nya.

Aku bukan nya mahu menyakitkan hati sesiapa.Aku lebih selesa dengan keadaan begini.Ya,kalau aku berkawan dengan perempuan,aku akan cuba buat dia gembira dengan aku,walaupun kadang-kala sikap aku yang agak kasar.Aku suka juga buat orang ketawa.Seronok bila lihat dan mendengar orang ketawa kerana kita dapat menggembirakan hati mereka.

Kadang-kadang aku juga tak jangka perkara ini akan berlaku.Aku menjadi diri aku yang sebenar.Tiada niat yang terselindung.Aku memang tiada teman wanita kerana aku tidak bersedia untuk mempunyai komitmen yang lain.Bukan nya demand atau pun berlagak tetapi pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih matang untuk terus maju ke hadapan.

Aku tahu kau suka aku,aku juga suka kau.Tetapi tak lebih daripada seorang kawan.Aku belum bersedia untuk melanjutkan hubungan dengan lebih serius lagi kerana aku belum layak untuk menjaga kau ataupun mana-mana perempuan lain.Diri aku juga kadang-kadang tidak terjaga dan tidak terurus.Kau memang sangat baik hati,selalu mengambil berat,memberi nasihat.Aku sangat menghargai nya.

Perasaan aku terhadap cinta sudah lama pudar, dan bagi menghidupkan kembali perasaan itu amat lah sukar kerana hati aku sudah keras dan susah untuk di lentur.Cinta itu tidak boleh di paksa dan di terima.Aku akan sentiasa menjadi kawan dan teman kau selagi yang kau mahu.

I hope you will always be my lovely friends and thank you for accept me until today.Believe me that i'm not suit you dear.Theres a lot of things that we cant never change.You can choose better person than me.I'm always be there for you..:)

No comments: