Friday, October 19, 2012

Kawan,rakan,sahabat.

Memang aku lama jugak aku tak usik blog ni.Kebelakangan memang agak sibuk dengan tugasan dan hidup sebagai seorang pelajar memang mencabar walaupun aku pernah melaluinya sebelum ini.Dah lama aku nak cakap tapi tak ada masa nak taip.Okay pertama sekali apa yang aku tengok sekarang kawan-kawan aku kat sini dah macam berubah sikap dan perangai.Memang tak sama bila kenal diorang masa mula-mula dulu.

Sekarang ni dah nak penghujung semester,macam-macam halangan dan dugaan mencabar terpaksa di tempuh.Aku dah lama jugak pendam tapi masa tak sesuai untuk aku luahkan apa yang aku rasa.Suasana tempat belajar sekarang ni kadang-kadang aku sendiri pun tak faham.Aku dah cuba aplikasikan pengalaman aku kat sini,tetapi masih ada kelemahan dan kekalutan yang timbul bila aku berada di sini.

Lagi satu masalah dekat kolej ni ialah gosip.Aku bukan lah nak tunjuk aku bagus ke apa,kadang-kadang orang salah faham dengan cara kita.Sebenarnya aku tak berniat pun nak menyinggung atau buat orang terasa dengan cara aku.Setakat bahan biasa-biasa aku tak kisah,sebab aku pun macam tu jugak.Tetapi jangan lah sampai melebihi batas,sebab aku tak suka publisiti.Kalau benda atau perkara mengenai aku tu betul,aku tak ambik kira sangat pun.Jadi aku minta maaf lah pada sesiapa yang tersinggung dengan cara aku.Hati manusia pun lain-lain kan.Aku pun tak suka nak kawan-kawan tarik dan masam muka dengan perkara kecil macam tu.

Okay lupakan saja pasal perkara tu.Sekarang ni macam ada konflik baru pulak dengan kawan aku.Hubungan aku dengan dia di kira normal dan agak baik lah jugak sebab dia roommate aku masa mula-mula masuk dulu.Sampai sekarang pun satu rumah dan satu kelas lagi. Jadi memang agak okay lah jugak kan.Masalah timbul apabila dia dah maki aku kat social network"depan-depan tak berani aku rasa".Salah aku jugak sebab ganggu dia masa dekat kelas,tapi aku tak sangka pulak dia marah dan tak suka dengan cara aku sebab aku memang dah biasa macam tu dalam kelas.Bila dah jadi macam ni aku rasa sangat kecewa sebab dia sanggup maki aku macam tu sekali.Ikut hati memang mati.Rasa macam nak tumbuk terajang dia pun ada.,Tapi bila fikir balik,dia budak kelas aku,budak rumah aku.So benda ni akan memberi effect jangka masa panjang.

Manusia ni bila kita dah baik dengan dia,kadang-kadang dia pijak kepala.Kalau aku sebaya tak kisah,tetapi jarak aku dengan dia agak jauh lah jugak.Pangkat adik-adik aku je.Aku ni panas baran jugak tapi pendam je bagus sebab malas nak bergaduh dengan kawan-kawan.Nanti jumpa jugak kan.

Aku bukan manusia yang baik bukan lah juga manusia yang terlalu jahat.Amalan pun tak seberapa.Aku memang cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik pada akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Dont mind others. Keep moving. Being just yourself. Dont think or bothers too much. :)