Aku selalu mengingatkan kepada diri sendiri supaya sentiasa mengawal emosi.Namun nafsu dan marah menguasai segalanya.Perkara-perkara yang kecil dan meremehkan sentiasa membuatkan darah ku membuak-buak.Mahu saja untuk melepaskan segalanya.Mungkin kerana faktor hidup dan masalah yang kadang kala membuatkan aku terpinggir menyebabkan aku terikut-ikut dengan emosi.
Ada segelintir orang yang mampu untuk membaca hati dan emosi aku.Memang betul katanya kita sering marah kerana tidak melakukan ibadah yang secukupnya kepada Yang Maha Esa.Aku seakan-akan akur dengan kata-kata beliau kerana semuanya benar tentang diri ku.Aku boleh mengawal emosi kerana selalunya aku seorang yang memendamkan perasaan.Tetapi apabila berada dalam keadaan yang kurang baik,aku akan menunjukkan kemarahan sekiranya seseorang menegur atau menyindir aku.
Aku mungkin seorang yang ceria tetap di sisi lain juga aku seorang yang mudah terusik emosi nya.Aku memohon maaf terhadap sesiapa yang terlibat dalam perkara ini.Aku mudah panas hati,cepat juga sejuk.Aku tidak memandang serius perkara itu melainkan individu yang terbabit membuatkan ia berlarutan.
Aku hanya lah manusia bodoh yang tidak menghiraukan perasaan orang lain.Maafkan aku.Aku akan cuba memperbaiki diri di masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment