Wednesday, September 28, 2011

Perbezaan.

Dulu memang lain sangat hidup aku nak di bandingkan dengan sekarang.Memang sangat tidak teratur.Nak cakap pasal ponteng kelas tu memang biasa la.Setiap semester confirm memang ada surat sampai rumah.Teruk jugak kena tegur dengan mak bapak aku.Tu pun masih tak dapat pkir nak berubah lagi.

Aku pergi kelas bila dah kena paksa,kena warning dengan lecturer banyak kali.Sampai kan budak-budak sewa rumah aku yang malas tu pun suruh aku gi kelas.Nak cakap pasal attitude memang jauh la.Assignment tak hantar,test pun buat sambil lewa.Macam tak kisah apa yang berlaku untuk masa yang akan datang.

Aku memang tak berapa suka sangat dengan disiplin.Aku ikut kepala otak aku je.Buat apa yang aku rasa sesuai dengan diri aku.Memang dari dulu aku dah kena aim pasal pemakaian,rambut aku yang panjang.Aku memang buat tak tahu,cakap banyak kali pun aku langgar je.Dah teruk sangat baru la aku slow skit.

Kadang-kadang aku pkir gak sampai bila aku nak jadi macam ni.Kerja abis kan duit orang tua aku je.Masa seronok memang lah kita tak pikir.Melepak,main game, habis duit sana-sini tanpa tujuanku.Kawan-kawan aku kebanyakannya dah boleh nampak masa depan masing-masing.Dah lama nanti baru kau faham apa yang kau nak tak dapat di sebabkan usaha kau.

Kali ni memang terakhir la,aku pasang impian dan cita-cita untuk aku jadi manusia yang berjaya kelak.Aku cuba ketepikan sikap-sikap negatif aku ni untuk aku kejar impian aku yang masih jauh.

I will try to make my parents proud of me.Soon.

Thursday, September 8, 2011

Respect.

Kebelakangan ni , aku dah mula semak pulak dengan sesetengah orang yang tak tahu nak menilai dan menghormati orang lain.Makin lama makin menjadi-jadi pulak.Padahal aku dah cuba nak baik dengan semua orang, hormat orang yang aku kenal.

Lain tempat,lain cara dia.Aku cuba masuk dengan aliran yang baru aku nak kenal ni.Terus terang aku memang dah tahan nak simpan perasaan sabar aku ni.Kata orang ikut hati mati,ikut rasa binasa.

Aku bukan nak kutuk sistem yang sedia ada ni,tapi memang tak patut dan tak wajar pun.Kau siapa nak persoalkan aku,sound aku mcm tu je.Disebabkan kau ada kuasa je,kau boleh buat mcm tu.Aku tak nak cakap pasal umur kat sini.Sebab aku tahu kebanyakannya semua bawah umur aku.Tak kan la kau tak dapat beza siapa yang tua sekarang ni.Masalah nya aku tak pernah nak cari masalah dengan kau la sial.

Sekarang ni aku berpegang pada prinsip yang aku dah malas nak buat hal lagi.Aku ada kawan-kawan yang sentiasa tolong aku dari belakang bila aku ada masalah.Ikut hati memang dah tak lama dah.Aku yang jarang marah ni pun dah rasa semak nak mati.haishh..kenapa la ada orang macam ni.

Buat masa ni aku kena banyak bersabar je la,selagi aku boleh tahan aku tahan.Kau jangan nak pandang rendah kat aku sangat.Kau pun tak tahu apa yang aku boleh buat,

Selagi boleh settle kita settle.Aku tak kacau kau,kau jangan kacau aku.Aku boleh buat lebih dari apa yang kau buat.So,tanya diri kau sendiri.Aku memang tak takut dengan sampah2 mcm kau ni.Aku tak kan hormat orang yang tak hormat aku,pergi la mati kalau kau ada kuasa ke apa.

Kita orang Islam kena lah saling hormat menghormati.Aku pun bukan bagus sangat pun..

Saturday, July 2, 2011

Hidup baru.

Agak lama jugak aku tak menulis kat dalam blog ni.Memang tak sempat dan tak cukup masa dengan benda2 ni semua dah.

Sekarang ni semua dah macam ada jalan dan haluan masing2.Umur aku pun dah nak masuk 22 tahun tapi apa pun tak dapat capai lagi.Memang betul cakap orang kau yang tentukan kehendak dan jalan hidup kau sendiri.Dari segi pengalaman memang tak seberapa tapi aku tahu aku dah tak boleh main2 dan perlu serius untuk mencapai apa kehendak aku selama ni.

Terus terang aku memang seorang yang pemalas dan suka bertangguh.Atas sebab ni lah aku banyak kali gagal dalm hidup tak kira dalam pelajaran mahupun kehidupan aku.Bukan tak de orang yang nasihatkan, tapi aku ni yang jenis keras kepala dan ego.Otak pikir nak suka dan enjoy tanpa pikir masa depan aku.

Berubah tu memang la boleh berubah.Orang macam aku ni selalu macam hangat2 tahi ayam.Dah kena ketuk baru la gerak.Aku tak boleh nak salahkan kawan2 aku,dyorang boleh berjaya walaupun dyorang main2.Semua nya terletak pada niat dan hati kau untuk berjaya.

Kali ni aku memang bertekad untuk ubah semua tanggapan negatif orang terhadap aku.Aku tahu aku boleh berjaya berdasarkan kemampuan aku.Faktor2 malas yang menyebabkan aku kecundang.Aku tak boleh toleh kebelakang lagi.Apa yang aku nak ialah berjaya di dunia dan di akhirat.

Insyallah.

Monday, May 23, 2011

Sacrifice.


The sacrifice of love we give,

Takes less and yet gives more;

An everlasting hand of love,

The heart an open door.

The willingness to give of self;

To lay down your own life;

To touch another persons heart,

In loving sacrifice.

The chance that God has given you,

To reach another soul;

Forever changed by kindness,

A life your love made whole.

For life is but a circle,

Each life part of the chain;

Each link is joined by sacrifice,

That causes man to change.

To turn and reach a hand of love,

To touch and other's life;

Will cause the circle to be whole,

In loving sacrifice.

Wednesday, May 18, 2011

Penat lelah.

Aku nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku masa aku belajar dekat uitm dulu.Penat lelah mereka akhirnya terbalas jua.Jauh dari sudut hati aku memang rasa useless dan loser.Memang betul kata orang,kalau kau tak usaha btol2 kejayaan tak datang dekat kau.


Nak di ikutkan aku dah nak graduate dah tapi dengan usaha aku yang main2 dulu memang selamat tinggal la.Jadi kepada kawan-kawan batch disember 2007-Diploma In Office Management And Technology.Selamat maju jaya kepada anda semua.Congratulations.:))


Happy Graduation Day to you!
At last you've completed this journey.
Preparing for a long time you've
Pursued what you've dreamed for and now
You are going on your way up


Greater things are waiting for you and
Really you are on your way now
And there's a more in the future for you to do and your
Dad and your mom must be very proud of you
Use your talents well and be the best you can be, remember
All that you have done to get where you're now


This is not the end but it's just the beginning for you so
Inspire others you meet on your way out to do the same and
Open the door of your heart and
Never quit dreaming but hold on tight to your hopes 'cause


Day after day there are more things to do and learn
And remember to be honest and true to you because...
You can make all your dreams come true one day too


Happy Graduation Day to you!




p/s;bila la aku nak graduate ni..=-=..

Sunday, May 15, 2011

Cinta dan masa lampau.


Cinta?.

Suka?.Sayang?.Menyampah?.

Dulu memang la,sanggup gaduh dgn kawan pasal perempuan.Entah apa jadah la aku boleh buat mcm tu dulu.Benda-benda bodoh yang tak patut aku buat sebenarnya.Biasa la darah muda,cepat panas tak tentu pasal.Dengan kawan sendiri pun nak bertumbuk.Aku memang sangat bodoh pada masa tu.

Sorry la bro,memang aku tak layak nak jadi kawan kau.Sampai sekarang aku rasa menyesal walaupun benda tu dah lama berlaku.Nak di ikutkan rasional,kita memang tak patut nak tolak kawan kita semata-mata kerana seorang perempuan.Sekarang ni memang aku dah malas nak pikir benda2 yang berkaitan cinta.Memang tak de masa nak pikir benda-benda tu semua.

Sejak kebelakangan ni,aku di datangi bayang-bayang lama yang pernah ada dalam hidup aku dulu.Ya, aku tahu kau masih ingin mengambil hati aku semula.Segala tindakan kau dapat aku baca dan kenal.Kau yang minta,aku hanya mampu menerima.Aku dah penat,letih dengan segala ragam kau.Aku mungkin menurut segala kata-kata kau,tapi aku pantang apabila kau mula mahu mengatur diri aku.

Kau maki aku,perkecilkan aku.Aku memang bukan dari keluarga yang senang macam kau.Kau ungkit segala-galanya nak tunjuk kan yang kau dah banyak berkorban.Lepas apa yang berlaku, kau datang lagi dengan kata-kata puitis kau?.Dengan cara kau melontarkan kata-kata yang kau rasa sedih untuk menarik perhatian dan simpati aku?.

Segala perkara yang kau buat tak kan buat aku datang kat kau.Percaya lah.Berhenti dengan segala benda yang kau buat tu.Hati aku dah tertutup kemas, langsung tiada perasaan terhadap kau.Aku boleh berubah mengikut keadaan yang mendesak aku untuk berbuat demikian.

Aku tak berdendam dengan kau.Aku hargai apa yang pernah kau buat dulu.Perasaan aku bukan boleh di paksa,di suruh untuk menerima benda yang aku tak suka.

Please get your life better without me.I have changed a lot.I've already removed our past and memory.There is nothing important to me right now.Dont do something that you can't never get.Trust me.Its already over.



Saturday, May 14, 2011

Kaya teruk.



Aku nak bagi tau sikit beberapa perkara tentang Bill Gates.Pengasas Microsoft dan juga antara orang paling kaya kat dunia ni.







1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!


2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.


3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.


4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.


5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yang ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.


6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.


7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.




p/s;duit memang tak habis sampai bila pun aku tak tau,.